13 April 2011

limbang my hometown



Limbang merupakan sebuah bahagian dan juga ibu kota bahagian di negeri Sarawak. Bahagian Sarawak ini terletak di sebelah utara, dan mempunyai kawasan seluas 3,978.1 kilometer persegi dan jumlah penduduk 42,600 orang (banci tahun 2000). Anehnya Bandar Limbang diapit oleh Brunei Muara dan Temburong. Bahagiah luar pantai banyak petroleum dan gas. Bagi meneroka petonsi itu, Perjanjian 16 Mac 2009 antara Malaysia dan Brunei telaSejak penubuhan Malaysia pada 1963, Brunei terbahagi dua , dipisahkan oleh Limbang. Sejak itu dikatakan Brunei menuntut wilayah Limbang daripada Malaysia.

Perjanjian 16 Mac 2009 antara Malaysia dan Brunei rupa-rupanya menyebabkan Malaysia kehilangan medan minyak Blok L dan Blok M yang terletak di luar pantai Limbang / Brunei. Berikutan itu Petronas menamatkan usaha carigali dengan syarikat Murphy Oil Corp dari Amerika Syarikat kerana ia bukan lagi milik Malaysia.

Konvensyen Undang-undang laut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982 menetapklan bahawa kawasan luar pantai Brunei itu milik Brunei . Kawasan itu yang selama ini bertindih sempadan akan dibangunkan secara usahasama dengan Malaysia

1 ulasan:

  1. wahhh ... sejarah lagi u yer... bagus bagus .. tulisan kasi warna garang sikit . baru timbul ..

    BalasPadam