Tumit Tinggi: Suami punca isteri dingin
2011/04/30
ISTERI hilang ‘selera’. Sikap suami buat isteri tawar hati. Itu tajuk tulisan rakan TT kat pejabat ni. Seronok juga baca sebab-musababnya. Isteri hilang minat dan dingin dengan suami kerana suami tidak romantik seperti dulu, kasar, panas baran, tidak bertanggungjawab, malas, selekeh, berbau! Macam-macam termasuk tak kreatif dalam bilik tidur juga boleh jadi sebab! Sebab yang biasa kita dengar tetapi selalunya suami yang senaraikan benda-benda ni. Isteri dah tak penyayang, tak memanjakan, malas kemas rumah, tak rajin masak, serabai (selekeh) je bila di rumah dan tak rajin melayan di katil, macam-macamlah.
Tapi dipendekkan cerita, alasan-alasan ini selalulah keluar daripada mulut dia orang ni apabila mata dah mula memandang yang lebih cun dan bergetah, hati dah terpaut pada yang muda remaja sedangkan diri sendiri tak terurus. Rambut dah tukar warna, black to white, tak pun dah jarang-jarang, boleh kira pun berapa yang ada atas kepala, perut jangan cerita, jauh ke depan perut dari dada, perut jalan ke depan (PJK)!
Mesti tak pernah terfikir kat kepala dia orang, isteri pun boleh hilang selera. Tapi, isteri ni, dah nama pun isteri, ada anak pula, lebih banyak suka telan pahit daripada melepaskan rasa kecewa dengan makan luar.
Ramai yang ambil keputusan, biarlah rasa kecewa dengan suami, asalkan hidup dia dengan anak-anak tak ada masalah. Tapi tidak kurang juga yang lebih berani, bertindak melepaskan diri. Paling tidak pun, buat tak endah dengan suami. Ada tak ada, apa aku peduli, kau nak buat apa pun, ada aku kisah! Masa tu barulah terkiah-kial, gelabah, tak tahu nak buat apa. Lebih-lebih lagi bila kedinginan isteri tu dah melarat hingga ke bilik.
Baru-baru ni, ada seorang lelaki, suami, mengadu kat TT. Bingung, keliru, sedih, isteri yang hampir dua dekad dinikahi, yang dulu hari-hari ucap I love you, tiba-tiba dingin.
“I bagi segala-galanya kat dia TT. Tak pernah kurang, apa saja dia nak I bagi. Tak tahu kenapa, dia langsung tak layan I sekarang ni. I ada ke tak ada ke, dia tak hairan. Kalau I tak balik rumah, lagi dia suka,” ceritanya.
Dulu masa TT jumpa mamat ni, tak pernah pulak dia mengeluh hal-hal macam ni. Semuanya baiklah pada isteri, penyayang, jaga dia sebaiknya, makan pakai hinggalah ke hubungan intim. Kenapa baru sekarang banyak yang tak kena?
“Dulu pun sebenarnya ada masalah rumah tangga kita orang tapi taklah teruk macam ni. Dia dari dulu, mana rajin masak untuk I. Bila I balik rumah, jangan kata makanan tak terhidang, nak tanya I makan ke tidak pun tak pernah. Tapi, I diamkan saja sebab bab lain, soal jaga anak, uruskan anak, rumah, dia uruskan sebaiknya,” ceritanya lagi.
TT bagi macam-macam kemungkinan yang membuatkan isterinya dingin. “You selalu sibuk kot...asyik out station, kurang habiskan masa dengan dia dan anak-anak?”
Mungkinlah, akuinya tapi katanya, sibuk dia kerana kerja, cari duit untuk isteri dan anak-anak...walaupun TT tahu bila ada masa terluang, dia lebih rela habiskan masa dengan kawan-kawan, tak terkecualilah gadis-gadis muda remaja.
Dia syak isteri ada `orang lain’. Tapi, ceritanya, bila tanya isteri, isteri nafikan. Tu lah lelaki, bila isteri dingin, tak ada benda lain dalam kepala. Hello, banyak sebab isteri boleh dingin dengan suami, tak perlu ada ‘orang lain’ dalam hidup nak berubah hati.
Suami jarang di rumah, balik sekali-sekala, itu pun boleh jadi modal kat isteri, tau tak? Setakat mewahkan isteri dengan wang ringgit, harta-benda, sekejap je lah isteri tu suka, lama-kelamaan bosan gak. Isteri perlukan perhatian suami, dari perkara besar dan penting hinggalah sekecil-kecilnya.
Jari kena pisau sikit pun, kalau suami ambil berat, berbunga-bunga hati!
“I rasa I boleh terima kalau dia ada lelaki lain. Tapi, I tak sedap hati sekarang ni sebab dia baik dengan penkid!.”
Hahahaha...penkid la pulak. Macam-macam! macam inilah, kata TT, cukup-cukup cari alasan nak salahkan isteri. Jalan terbaik, bawa berbincang. Pada masa yang sama, kaji diri. Jangan ingat cukup dengan menabur kemewahan pada isteri sebab hati isteri ni halus, rapuh, mudah tersentuh.
Bila terasa diri tak diberi perhatian, mandikanlah dengan intan berlian sekali pun, kalau nak keras dia, keraslah jadinya, jika nak dingin, dinginlah dia. Tawan semula hati isteri, menangi sentiasa hati dia seperti mana menawannya ketika belum bgelar isteri..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan