Agama & Adat Resam Masyarakat Bisaya
Terdapat segelintir penganut agama Islam dikalangan masyarakat Bisaya, kecuali yang telah menukar agama atau melalui perkahwinan campur.Majoriti masyarakat bisaya di Limbang adalah penganut agama Kristian dan terdapat juga segelintir yang masih mengamalkan adat dan kepercayaan lama.
Walaupun masyarakat Bisaya menghormati budaya dan tradisi turun temurun dalam bidang perubatan, perkahwinan dan kematian, sebenarnya ianya jarang lagi diamalkan pada masa sekarang, berkemungkinan juga kerana telah mengikut pegangan agama masing-masing.Walaupun dukun atau bidan boleh dipanggil untuk mengubati pesakit pada masa yang diperlukan, tetapi masyarakat pada hari ini lebih cenderung untuk pergi ke klinik yang berdekatan/berhampian untuk mendapatkan rawatan.
Sumber daripada laman web Bisaya Sarawak 2002 – webmaster
Muzik, Seni dan Kraftangan Masyarakat Bisaya
Masyarakat Bisaya Limbang terkenal sebagai pencinta muzik tradisional.Gong-gong boleh ditemui disetiap rumah.Apabila Gong dipalu, setiap orang, lelaki ataupun wanita, tua atau muda akan turut serta menari.Alat-alat muzik tradisi bagi masyarakat Bisaya terdiri daripada Gong, Dumbak (dram) & Biola.Lain-lain alat ialah Sengkurong dan Kalid, Agung, Kelentangan, Tawak, Bebandil dan Bandil Teretek.
Info Ringkas : (Dumbak diperbuat daripada kayu dan kulit binatang)
Semua alatan-alatan ini dimainkan dalam gandang atau Upacara Babulang, Perkahwinan, Kematian Kelahiran dan sebagainya.
Terdapat 3 jenis lagu yang dimainkan untuk hiburan mahupun perayaan.Yang pertama ialah Anding, iaitu menggunakan dua dumbak (dram) kecil dan satu Biola.Selain Anding, Betiap dan Siram ialah dua lagi jenislagu lain yang dimainkan, yang hanya dengan menggunakan dumbak (dram).
Selain bidang Muzik, masyarakat Bisaya juga mahir membuat Parang untuk pelbagai jenis kegunaan.Terdapat manao atau menao yang biasa digunakan oleh lelaki, dan madik pula tangkainya diperbuat daripada gangsa dan sering dibawa sebagai senjata bagi golongan muda.
Terdapat juga madik yang lain iaitu bersaiz panjang dan telah digunakan untuk ngayau pada masa dahulu, dan sandong pula digunakan untuk mempertahankan diri.
Selain Parang, masyarakat Bisaya Limbang juga mahir membuat saging, iaitu bekas yang digunakan untuk membawa beras semasa upacara Babulang.(Saging juga boleh digunakan sebagai bekas untuk membawa pelbagai jenis barang lain, ibarat sebuah beg pada ketika itu.)
Pakaian tradisi masyarakat Bisaya pula adalah berwarna hitam, (lengan panjang) dan terdapat garisan keemasan pada bahagian tepi butang, lengan dan juga kalung leher.
Masyarakat Bisaya juga menghias rumah terutama menyambut ketibaan tetamu.Hampir setiap rumah mempunyai Tray, Lengguai untuk melayan tetamu dan Lengguai dibahagikan sebagai Rokok daun bagi para tetamu semasa perayaan/upacara.
Secara tradisinya, kaum wanita memakai tenturok, sejenis tali pinggang suci, sebagai sebahagian daripada pakaian mereka.
Sumber daripada laman web Bisaya Sarawak 2002 – webmaster
Sejarah Masyarakat Bisaya
Latar Belakang – Lagenda
Lagenda Popular mengenai asal usul bisaya seperti yang telah dinyatakan oleh Brewsher (1958), Sandin (1971) dan Hussain & Newman (1987) adalah seperti berikut;
Mengikut lagenda, sebuah keluarga migrasi telah menetap di utara pulau Borneo.Keluarga ini mempunyai 7 orang anak, 6 orang daripadanya adalah lelaki iaitu (Peti Berambai atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Smaun atau Si Maun dan Alak Betata atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar) dan seorang daripadanya adalah perempuan (Siti Duyah or Duri or Bunga Sunting).Pertandingan lumba perahu digunakan untuk menentukan siapakah yang layak menjadi Raja Brunei.
Perlumbaan ini dimenangi oleh Alak Betatar yang paling bongsu.Dia kemudiannya dilantik menjadi Raja Brunei yang pertama, dan kemudiannya memeluk agama islam dengan menggunakan nama Sultan Mohammed, Sultan Brunei yang pertama.
Peti Berambai iaitu yang sulung menjadi ‘Raja of Java’. Si Garampa pula menetap di kawasan Limbang dan menjadi nenek moyang kepada masyarakat Bisaya.Peti Geramba menetap di kawasan Tutong (Brunei), Peti Runa pula di kawasan Sungai Kinabatangan (Sabah) dan Smaun di Sungai Birau ( Selatan Tutong). Siti Duyah pula berkahwin dengan seorang berketurunan cina yang bernama Ong Sum Ping (Awang Sunting) dan menetap di kawasan Gunung Kinabalu, Sabah.
Asal Usul Bisaya
Beberapa teori telah dikemukakan oleh beberapa pengkaji dan penyelidik berhubung dengan asal perkataan Bisaya.
Beyer H.O pada tahun 1926, Hester E.D pada tahun 1954 dan Harrison pada tahun 1956 menyatakan bahawa perkataan Bisaya kemungkinan berasal dari Empayar Sri Vijaya (Sonza, 1972).Bagaimanapun, pada tahun 1960, Eugene Vestralen ( A Professor of Linguistics, Universiti San Carlos, Cebu City) menegaskan bahawa asalan VIJAYA bukannya BISAYA tetapi BIDAYA atau BIRAYA.
Pada tahun 1960, John Carol menyatakan bahawa perkataan Bisaya berasal dari Pahlawan Bangsa yang bernama Sri Visaya.
Derek Headly (1950) menyatakan lagenda Bisaya Borneo apabila Sultan Brunei semasa kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk Bisaya dan baginda memberitahu “Bisai-Yah!” yang bermaksud betapa cantiknya.
Semua kenyataan diatas dalah teori dan andaian dan mungkin kita tidak pernah tahu mengenai asal perkataan Bisaya yang sebenarnya
Asal Keturunan Bisaya
Sonza (1972) pernah bertanya “adakah masyarakat Bisaya yang menetap di Filipina berasal dari Borneo?” Persoalan ini dikaji beberapa tahun namun tiada jawapan yang tepat berhubung dengan persoalan ini.
Pada tahun 1970, dianggarkan terdapat lebih daripada 10 juta penduduk Bisaya yang menetap di Filipina berbanding dengan hanya 14 ribu penduduk Bisaya yang menetap di Sabah dan 3312 di Sarawak
(This article was contributed by Mr. Joseph Blandoi, an admin. officer of SALCRA, Kuching. E-mail : jbland01@tm.net.my. It was extracted and summarised from Dr. Shafiq’s article in Sarawak Museum Journal by Ms Joan Alicia Blandoi. – webmaster
Tiada ulasan:
Catat Ulasan