ibu bergenang
air mataku
terbayang wajahmu
yang redup sayu
kudusnya kasih
engkau hamparkn
bagaikan laut yang tak bertepian
biar pun kepahitan telah
engkau rasakn
tidak pun kau merasa jemu
mengasuh dan mendidik kami
semua anak mu
dari kecil hingga dewasa
hidup mu kau korbankan
biar pun diri mu yg telah terkorban
tak dapat ku balasi
akan semua ini
semoga tuhan memberkati
kehidupan mu ibu
ibu kau ampunilah dosa ku
andainya pernah menghiris hatimu
restu mu yang amat ku harap kn
kerana disitu terletak syurga ku
tabah melayani
kenakalan anakmu
mengajar ku erti kesabaran
kau bagaikan pelita
di kala ku kegelapan
menyuluh jalan kehidupan
kasih sayangmu sungguh
bernilai
itulah harta yang engkau berikan
ibu...
dengarlah rintih hati ku
untukmu ibu...
kasihani lah tuhan
ibu yang telah melahirkan diriku
bagaikn kasih ibu
sewaktu kecil ku
moga bahagia ibu di dunia
dan di akhirat sana..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan